Thursday, 25 December 2014

Kebencian,kebecian dan dendam akan hanya akan memamah cinta sehingga rata

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah sekian lama, berminggu blog ni dibiar bebas tanpa pantauan.Aku kembali untuk mencoret.

Penghujung lama kian hampir dan dan kepala baru kian muncul.Ada beberapa buku belum khatam dan merupakan azam aku untuk habiskan sebelum jadi book-hunters.Kah!

Baru sahaja usai membaca novel 'Bagaimana Anyss Naik Ke Langit', karya Faizal Teharani.Buku ni hanya 112 muka surat tapi aku ambil masa yang lama untuk habis kerana aku masih berjinak-jinak untuk habiskan satu buku seminggu.

Ringkasan.

Permulaan kisah bagaimana sekujur tubuh mengimbau kembali bagaimana dia boleh mati di situ, Profesor Anyss, dia hanya pakar dalam bidang bahasa (if I'm not mistaken) dan pertemuan dengan Ratu Sago, mangsa rogol pembalak membawa kepada nyawa Prof. Anyss terancam. Namun demi warga Penan dan komuniti orang Asli yang ditindas dan dinafikan hak tanah adat mereka, usaha Prof. Anyss untuk membawa bukti ke Geneva menjadi ancaman orang-orang kaya balak. Buku ini nipis tapi sarat dengan fakta, berita dan akta berkaitan tanah adat orang Asli, sedikit sebanyak membuka mata bahawa Malaysia belum aman. Diakhir cerita, Prof. Anyss naik ke langit bersama Ratu Sago serta penampakan Mustaqim, anak Prof. Anyss, yang akan menyambung usaha Prof. Anyss.

Sedikit perkongsian.

Kes rampasan tanah oleh pihak yang kononnya berkuasa tidak berlaku di kalangan warga orang Asli sahaja, bahkan penduduk di Kampung Banggol Donas juga mengalami nasib sama apabila kerajaan negeri mengambil tanah untuk tujuan melebarkan jalan tanpa persetujuan penduduk. Syarat pertukaran tanah adalah kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat. Namun ini hanya dalam kertas. Buta huruf atau malas membaca agaknya.

Termenung.

Dalam usaha kita membantu rakyat Palestin, Syria dan lain-lain lagi, jangan dilupa atau terlupa kita masih ada saudara kita yang hidup di bumi Malaysia yang sama ditindas. Orang Asli bukanlah warga yang menolak pembangunan tetapi merupakan warga yang amat menjaga identiti. Pembangunan bagi mereka bukanlah bermaksud tanah dirampas dan dibina bangunan.Mereka mahukan pembangunan dari sudut pendidikan dan kesihatan komuniti mereka. Walaupun tinggal di hutan, mereka juga punya akal, sama seperti kita yang tinggal di luar hutan. Mereka mahukan hak mereka diiktiraf.

Masing-masing punya perjuangan.

Wednesday, 3 December 2014

Bau buku baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca dan komen entry aku petang semalam. Jika ada pandangan yang ingin dikongsi, hantar sahaja email atau WhatsApp je aku. InsyaAllah, aku akan balas.

Petang semalam, dalam jam 1400, abang poslaju berhenti depan kedai dan hantar buku ni





Setakat hari ini, buku keluaran Dubook belum gagal mengecewakan aku. Buku ni nipis je. Hampir 100++ muka surat tapi aku baru baca 1/4 buku ini. Penulis memulakan kisah dengan imbas kembali oleh satu jasad terbaring kaku dan kenapa dia di situ. Buku ini sarat dengan berita dan fakta pembalakan di Sarawak serta penentangan kaum orang Asli dan penindasan terhadap mereka.

Setakat itu sahaja yang aku nak kongsi tentang buku ni. Nanti dah khatam, aku buat review sikit. Walaupun belum habis buku ini dibaca, aku terkedu. Sampai sekarang. Apa yang aku boleh simpulkan, kita ada benda untuk diperjuangkan. Kalau hidup sekadar menjadi pembayar cukai semata-mata dan buta mata,pekak telinga dan mulut bisu bila isu kemanusiaan didedah sana sini, cukuplah sekadar kalian hidup tanpa beranak pinak. Aku punya fikiran, buat sesuatu ingatlah pada keturunan. Aku benci pujian. Cukuplah sekadar cucu cicit aku nanti tak maki aku.

Tuesday, 2 December 2014

Perempuan Nan Bercinta( Bahagian 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni semangat nak habiskan buku kemudian baca lagi dan baca lagi. Kemudian buat review. Aku tau blog ni tiada pembaca. Jadi, biarlah review buku syok sendiri ni di sini.

Perempuan Nan Bercinta merupakan novel pertama yang menjadi bahan bacaan serius aku dan juga merupakan novel pertama yang aku review. Novel ini hasil karya Dr. Faisal Tehrani, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. Aku bukanlah pemuja manusia (novelis, artis dan seangkatan sebab mereka mahu hasil kerja mereka yang dihargai, bukan mereka.)

Novel ini dibahagikan kepada 30 bab (if i'm not mistaken sebab menaipnya kat kedai dan buku dalam bilik tidur.) Aku ambil masa 3 minggu juga nak habiskan untuk pusingan pertama (Mungkin review yang aku hantar kat Benz yang pertama dan terakhir. Tak kritis katanya. Huhu.) Untuk pusingang pertama, aku belum jumpa kaitan jalan cerita dengan tajuk novel. Apa yang bercinta? Siapa perempuan tu? Tapi tak pe, aku teruskan membaca. Berkenalan dengan watak Dr. Tengku Idora, seorang feminis yang menerajui Modest Women Oriental; Bastinian, seorang pengkaji sastera melayu dan jatuh hati dengannya; Dr Ali Taqi, pengasas FASEH dan seorang sunni yang moderate dengan fahaman Syiah; Hashemi, anak murid Dr. Ali Taqi serta adik ipar Dr. Tengku Idora dan Tengku Zanjabila, adik Dr. Tengku Edora serta isteri Hashemi.

Pada bahagian awal bab, penulis berjaya memberi aku bayangan suasana forum dan perbincangan seperti forum dan debat di antara Dr. Ali Taqi dan Dr. Tengku Edora tentang feminis; perbincangan tentang ilmu antara Dr. Ali Taqi dan Bastinian dan perbincangan kebudayaan, juga antara Dr. Ali Taqi, Hashemi dan Zanja. Kemudian, penulis meneruskan cerita dengan perubahan fikiran Idora tentang feminis dan penangkapan Dr. Ali Taqi oleh pihak penguasa kerana beliau dilaporkan ada kaitan dengan pengganas (?). Ini membawa kepada kemunculan watak-watak lain yang bagi aku, Faisal Tehrani akan keluarkan novel berkisar tentang mereka. Apa yang aku dapat, novel ini memberi pengenalan awal tentang Syiah secara mudah dan ringkas.

Oleh kerana kecenderungan novel ini terhadap Syiah, novel ini telah diharamkan oleh pihak ber'kuasa' Malaysia. Menyekat sesuatu tanpa membenarkan pihak sebelah sana mengemukakan hujah adalah bacul. Saranan aku, banyakkan membaca, bertanya pada ahli dan elakkan menerima maklumat dari satu pihak sahaja. Aku tidak berpihak pada Syiah tapi tidak adillah jika kita pilih untuk mengkafirkan mereka yang memilih jalan Syiah. Masih banyak tentang Syiah yang aku tak tahu. Sekadar hari Karbala dan apa yang terjadi di Syiria belum cukup bagi aku untuk menuduh Syiah yang diceritakan oleh Faisal Tehrani itu sesat.

Mukadimah: BUKU-Senjata tumpul dalam diam-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hampir sebulan juga bloh ni tak disentuh tapi habuk dan sesawang masih belum ada. Selagi menulis belum lagi menjadi dadah, selama itulah blog ini dilingkari risiko ditinggalkan tanpa pesan. Jika ingin terus hidup, menulislah. Ini bukan rahsia lanjut usia tapi salah satu cara untuk roh dan semangat kita terus diingati oleh pencinta, pengkritik, macai dan seangkatan. Baca dan tulis. Anda tak perlu mendapat gelaran penulis untuk menulis. Apa sahaja yang dibaca, mesti ada buah fikiran dan pendapat yang timbul. Bagi aku, 2 perkara ini menyesakkan otak aku dan rasa nak kurangkan adalah dengan menulis. Biar aku nampak buah fikiran dan pendapat ini dalam keadaan tersusun.

Aku bukanlah pembaca buku tegar seperti kalian tetapi kalau langsung tak membaca tu satu tipu daya yang besar. Quran, surat khabar dan blog merupakan sumber bacaan aku. Sekadar untuk membaca. Jika ada maklumat penting dan benar, aku akan ambil. Jika keliru, aku biarkan atau rujuk sumber lain. Lebih-lebih lagi dah jadi pengedar bebas Shaklee. Lagi banyak aku perlu baca dan tahu tentang nutrisi. Mestilah, cari sumber yang sohih, benar, sabit dan jitu.

 Perkenalan dengan istilah zine (sebutan: Nine atau Sin, bergantung) dan apa itu zine membawa kepada rasa ingin membaca pelbagai genre buku. Hidup sebagai pelajar universiti adalah sia-sia jika bahan bacaan kalian hanya buku teks, jurnal dan surat khabar. Bagi aku, terlalu fokus kepada bahan bacaan sebegini hanya melahirkan pelajar 3K (katil,komputer dan kelas). Buku teks, misalnya, hanya berkisar kepada teori (aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku selama 4 tahun bersama Matematik Kewangan). Jika pada amali, teori hanya teori. Handal teori tak semestinya kita handal beramali. Contoh. Philip curve. Teori tentang pengangguran dan kenaikan harga barang (inflasi). Teori ini mengatakan, jika kadar pengangguran tinggi, maka harga barang turun dan sebaliknya. Ok. Sila perhatikan realiti. Adakah setepat teori?(p/s: Pernah baca jurnal tentang Philip curve. Dapatan kajian, Malaysia 'mematuhi' lengkuk ini setelah beberapa variable diuji. Penulis juga ada merujuk kepada kajian negara lain yang tidak mematuhi(?) teori ini)


 Panas-panas dari abiang posmen.


Belanja sikit.

Membaca juga salah satu faktor kepada sifat melawan. Ini bukan perkara baru. Kalian boleh ingat kembali sejarah gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu. Majalah dan akhbar memainkan peranan penting untuk mempengaruhi rakyat Tanah Melayu pada ketika itu untuk memilih gerakan mana yang hendak disokong, misalnya. Aku yakin dan percaya, bahan bacaan seperti ini masih wujud pada hari ini. Aku bukanlah seorang yang kritis tapi aku cuba untuk jadi kritis. Manfaatkan akal fikiran yang Allah bagi. Jangan takut untuk tanya kenapa. Aku pernah kena marah sebab tanya 'kenapa' bila masuk soal hukum agama. Katanya ikut sahaja, jangan banyak lawan. Helo cik, dengan aku tak pe la nak cakap macam tu tapi kalau bukan muslim yang tanya, tolong jangan malukan agama cik anuti sekarang.
Dalam proses nak hadam. Lagi sikit mau khatam.

Jadi, pesanan aku, banyakkan membaca dan pelbagaikan bahan bacaan tapi jangan membaca semata-mata. Renungi dan fahami tulisan penulis kemudian buat review dan hantar ke Benz Ali untuk Program Buku Percuma. Aku serius tapi entry kali ini aku susun pendapat aku yang duk semak dalam kepala ni. Nasib baik bukan kelapa.

Friday, 7 November 2014

Susu Masam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Helo milo.




Inilah antara bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan susu masam.

1) Susu kambing
2) Performance drink by SHAKLEE

Saya cuba dengan segelas susu kambing+1 1/2 sudu Performance Drink. Kacau sehingga larut dan tadaa..dapatlah rasa susu masam.

Performance Drink ni rasa oren. Siapa suka oren memang akan suka. Boleh sahaja nak bancuh dengan air kosong tapi rasa bosan la :P

Performance Drink ni boleh juga dibekukan dan jadi..puff..aiskrim Malaysia. Hehe. Bila minum susu masam ni, alhamdulillah, rasa kenyang dan ada tenaga.

Wednesday, 5 November 2014

Kisah #2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Kisah ke-2 yang ingin dikongsikan pada kali ini nak konsi sikit (betul, sikit je) pasal pantang larang bayi G6PD. Untuk pengetahuan, anak saudara yang ke-2 selamat dilahirkan pada 3/11/2014 tetapi terpaksa ditahan di hospital kerana G6PD.

Lepas makan malam, aku, umi dan along, kami berbincang tentang produk untuk penambahan susu ibu kerana bayi G6PD hendaklah diberikan susu yang mencukupi supaya bayi akan buang air besar dan akan keluarlah bersama satu benda ni (maaf, lupa nama tapi kalian boleh Google :D).

Along mengatakan ESP tidak sesuai untuknya kerana keadaan bayinya yang baru lahir. Untuk pastikan kata-kata along, saya terus mencari maklumat yang berkaitan dan hasilnya, benar apa yang dikatakan. Ibu yang mempunyai bayi G6PD hendaklah mengelak dari mengambil produk berasaskan soya (ESP) dan herba (Alfalfa).

Pada malam ni, saya akui sangat penting mengetahui apa yang sesuai untuk tubuh badan kita. Hendaklah kita sedar keadaan diri kita dan sekeliling. Semoga kalian prihatin dengan nutrisi yang diambil setiap hari. Ingatlah, jika kita ditimpa masalah kesihatan, orang sekeliling juga akan terkena tempiasnya. Apa yang paling penting, terlibat dengan Shaklee membuatkan saya bersemangat untuk menjadi penasihat nutrisi untuk keluarga saya yang tersayang, insyaAllah.

Tuesday, 4 November 2014

Alkisah Overweight

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Pada suatu hari, tika matahari tegak  memijak kepala dengan kaki panasnya, S.A dan rakan sekerjanya yang lain keluar untuk makan tengah hari demi mengisi ruang kosong yang selalu berkeroncong selagi S.A dan rakan-rakan bernafas. S.A sedar akan kenaikan berat badannya yang mendadak selepas 4 bulan pulang ke kampung. Tambahan pula, dia telah lama sedar bahawa kiraan BMI S.A telah mencapai tahat terlebih berat 0[]0.

Setelah pulang ke pejabat, seorang rakan kerja S.A mengeluarkan penimbang elektronik. S.A mengambil peluang ini untuk mengetahu berat semasanya. 60.xxkg. S.A hanya mampu senyum walaupun dalam fikiran tika itu ada bayangan sa-orang perempuan berlutut dan menjerit NO!!!!!!!!!!

Selepas beberapa bulan kemudian, berat S.A masih lagi sama tapi ada hari jatuh 1kg ada hari jarum penimbang ngam-ngam 60kg. Walaupun terlebih berat (BMI>25), S.A bersyukur berat itu kadang-kadang turun dan banyak masa kekal 60kg. S.A masih lagi mempunyai badan yang sihat dan bertenaga. Jika ditambah dengan semangat hidup yang ada, S.A masih kuat.

Kebas di bahagian belakang S.A beransur kurang setelah mengamalkan hadiah pemberian kawan sekolahnya dahulu. Bukan itu sahaja, hadiah itu memotivasikan S.A untuk berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat. S.A juga berharap dapat berkongsi manfaat hadiah itu bersama insan lain kerana S.A juga inginkan insan-insan yang S.A sayangi sihat dari hari ke hari kerana badan yang sama akan digunakan hingga saat yang diizinkan.