بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
Pada suatu hari, tika matahari tegak memijak kepala dengan kaki panasnya, S.A dan rakan sekerjanya yang lain keluar untuk makan tengah hari demi mengisi ruang kosong yang selalu berkeroncong selagi S.A dan rakan-rakan bernafas. S.A sedar akan kenaikan berat badannya yang mendadak selepas 4 bulan pulang ke kampung. Tambahan pula, dia telah lama sedar bahawa kiraan BMI S.A telah mencapai tahat terlebih berat 0[]0.
Setelah pulang ke pejabat, seorang rakan kerja S.A mengeluarkan penimbang elektronik. S.A mengambil peluang ini untuk mengetahu berat semasanya. 60.xxkg. S.A hanya mampu senyum walaupun dalam fikiran tika itu ada bayangan sa-orang perempuan berlutut dan menjerit NO!!!!!!!!!!
Selepas beberapa bulan kemudian, berat S.A masih lagi sama tapi ada hari jatuh 1kg ada hari jarum penimbang ngam-ngam 60kg. Walaupun terlebih berat (BMI>25), S.A bersyukur berat itu kadang-kadang turun dan banyak masa kekal 60kg. S.A masih lagi mempunyai badan yang sihat dan bertenaga. Jika ditambah dengan semangat hidup yang ada, S.A masih kuat.
Kebas di bahagian belakang S.A beransur kurang setelah mengamalkan hadiah pemberian kawan sekolahnya dahulu. Bukan itu sahaja, hadiah itu memotivasikan S.A untuk berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat. S.A juga berharap dapat berkongsi manfaat hadiah itu bersama insan lain kerana S.A juga inginkan insan-insan yang S.A sayangi sihat dari hari ke hari kerana badan yang sama akan digunakan hingga saat yang diizinkan.
No comments:
Post a Comment