Tuesday, 2 December 2014

Mukadimah: BUKU-Senjata tumpul dalam diam-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hampir sebulan juga bloh ni tak disentuh tapi habuk dan sesawang masih belum ada. Selagi menulis belum lagi menjadi dadah, selama itulah blog ini dilingkari risiko ditinggalkan tanpa pesan. Jika ingin terus hidup, menulislah. Ini bukan rahsia lanjut usia tapi salah satu cara untuk roh dan semangat kita terus diingati oleh pencinta, pengkritik, macai dan seangkatan. Baca dan tulis. Anda tak perlu mendapat gelaran penulis untuk menulis. Apa sahaja yang dibaca, mesti ada buah fikiran dan pendapat yang timbul. Bagi aku, 2 perkara ini menyesakkan otak aku dan rasa nak kurangkan adalah dengan menulis. Biar aku nampak buah fikiran dan pendapat ini dalam keadaan tersusun.

Aku bukanlah pembaca buku tegar seperti kalian tetapi kalau langsung tak membaca tu satu tipu daya yang besar. Quran, surat khabar dan blog merupakan sumber bacaan aku. Sekadar untuk membaca. Jika ada maklumat penting dan benar, aku akan ambil. Jika keliru, aku biarkan atau rujuk sumber lain. Lebih-lebih lagi dah jadi pengedar bebas Shaklee. Lagi banyak aku perlu baca dan tahu tentang nutrisi. Mestilah, cari sumber yang sohih, benar, sabit dan jitu.

 Perkenalan dengan istilah zine (sebutan: Nine atau Sin, bergantung) dan apa itu zine membawa kepada rasa ingin membaca pelbagai genre buku. Hidup sebagai pelajar universiti adalah sia-sia jika bahan bacaan kalian hanya buku teks, jurnal dan surat khabar. Bagi aku, terlalu fokus kepada bahan bacaan sebegini hanya melahirkan pelajar 3K (katil,komputer dan kelas). Buku teks, misalnya, hanya berkisar kepada teori (aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku selama 4 tahun bersama Matematik Kewangan). Jika pada amali, teori hanya teori. Handal teori tak semestinya kita handal beramali. Contoh. Philip curve. Teori tentang pengangguran dan kenaikan harga barang (inflasi). Teori ini mengatakan, jika kadar pengangguran tinggi, maka harga barang turun dan sebaliknya. Ok. Sila perhatikan realiti. Adakah setepat teori?(p/s: Pernah baca jurnal tentang Philip curve. Dapatan kajian, Malaysia 'mematuhi' lengkuk ini setelah beberapa variable diuji. Penulis juga ada merujuk kepada kajian negara lain yang tidak mematuhi(?) teori ini)


 Panas-panas dari abiang posmen.


Belanja sikit.

Membaca juga salah satu faktor kepada sifat melawan. Ini bukan perkara baru. Kalian boleh ingat kembali sejarah gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu. Majalah dan akhbar memainkan peranan penting untuk mempengaruhi rakyat Tanah Melayu pada ketika itu untuk memilih gerakan mana yang hendak disokong, misalnya. Aku yakin dan percaya, bahan bacaan seperti ini masih wujud pada hari ini. Aku bukanlah seorang yang kritis tapi aku cuba untuk jadi kritis. Manfaatkan akal fikiran yang Allah bagi. Jangan takut untuk tanya kenapa. Aku pernah kena marah sebab tanya 'kenapa' bila masuk soal hukum agama. Katanya ikut sahaja, jangan banyak lawan. Helo cik, dengan aku tak pe la nak cakap macam tu tapi kalau bukan muslim yang tanya, tolong jangan malukan agama cik anuti sekarang.
Dalam proses nak hadam. Lagi sikit mau khatam.

Jadi, pesanan aku, banyakkan membaca dan pelbagaikan bahan bacaan tapi jangan membaca semata-mata. Renungi dan fahami tulisan penulis kemudian buat review dan hantar ke Benz Ali untuk Program Buku Percuma. Aku serius tapi entry kali ini aku susun pendapat aku yang duk semak dalam kepala ni. Nasib baik bukan kelapa.

No comments:

Post a Comment