Friday, 31 October 2014

Pot pet pot pet pot pet

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Hai, hai, hai. Ketemu lagi dalam rancangan celoteh Cik Piah.

Since blog ni jadi tapak bisnes, of course tiada lain nak celoteh melainkan hal bisnes. FYI, this is my first time doing a business and I decide to make it as my full time job. Mungkin time tidur pun orang nak order barang pun saya terima. Well, zaman sekarang ni mudah tapi kalau order malam, malam tu juga nak, saya takkan layan. Haha. Nak order boleh ;)

Normallah bagi perniagaan yang baru nak mula terpaksa mengeluarkan modal yang kadang kala 2-3 tahun juga makan masa untuk jana hasil jualan melebihi modal dalam mendapatkan untung. 

Modal>Hasil Jualan = Rugi
Modal<Hasil Jualan = Untung

Ni secara kasarnya. Belum masuk lagi bayar kos-kos lain seperti bil utiliti, upah pekerja dan cukai. Beberapa asas utama dalam perniagaan adalah kesabaran, ketekunan dan konsisten. Perniagaan aku tak layak nak dibandingkan dengan perniagaan ayah aku yang dah hampir 25 tahun. Ayah dan umi tak pernah paksa kami untuk belajar kursus apa dan kerja pula ikut kursus yang diambil. Kami ada contoh yang dekat. Ayah ada degree dalam pertanian. Student UPM konvo tahun 1985, if I'm not mistaken. Banyak kerja ayah dah buat dan berakhir dengan pekerjaan sekarang.



4 jenis ikan yang anda tahu.

بيسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Selamat datang Muharram (terlewat sikit =,='). Selamat datang November. Semoga benih amalan dan usaha yang ditanam makin hari makin besar, insyaAllah.

Sempena kedatangan November, Shaklee membuat promosi salah satu produk yang menjadi pilihan ramai pengguna Shaklee iaitu Omega Guard.



Apa itu Omega Guard?




-Klik untuk besarkan gambar-

Antara ikan yang menjadi pilihan Shaklee untuk mengekstrak minyak ikan adalah:-

1) Ikan Kembung


2) Ikan Sardin
3) Ikan Hering

4) Ikan Bilis



Apakah manfaat yang anda dapat jika mengambil Omega Guard?

-Klik untuk besarkan gambar-


Siapakah yang sepatutnya mengambil Omega Guard?

Boleh dikatakan semua golongan boleh mengambil Omega Guard jika inginkan kesihatan yang optimum.


-Klik untuk besarkan gambar-



Pantang larang Omega Guard

Pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan kerana minyak ikan melincirkan saluran darah dan mencairkan darah. Selain itu, pengguna perlu juga mematuhi pantang larang umum produk Shaklee seperti elakkan minum minuman berkafein. Ini akan mengganggu penyerapan khasiat yang terkandung di dalam mana-mana produk Shaklee.


Cadangan Pengambilan Omega Guard

-Sebelum makan atau bila perut kosong untuk mengelakkan sendawa berbau hanyir ikan

-Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2-4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)

-Untuk pesakit tulang, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi: 2 kali sehari, 2 kapsul untuk setiap pengambilan.


Maklumat tambahan

-Penghidap buasir disarankan untuk mengambil Omega Guard kerana ia dapat membantu mengurangkan serta mengecutkan bengkak sekitar anus ketika buang air besar

-Omega Guard juga terdapat di dalam set kurus kerana dapat membantu membakar lemak.

Jika anda mempunyai soalan dan tiada jawapan di sini, boleh sahaja hantarkan mesej ke nombor 0145045465 atau email sahaja ke saffiah_aini91@yahoo.com.my atau saffiah91@gmail.com. Saya akan menjawab soalan anda secepat mungkin.

Adrenalin melimpah ruah

السلام عليكم ورحمة الله

Bulan ni adalah bulan pertama aku merasai pengalaman tutup akaun. Bukan akaun debit kredit tu tapi akaun bonus Shaklee. Berdebar juga campur teruja. Kejar nak dapatkan mata minimum ni mencabar juga. Aku terima keadaan ni sebab normal bagi satu perniagaan untuk berbelanja besar pada permulaan. Aku harap apa yang aku dapat ni sebagai pencetus untuk aku terus ke depan dalam bidang perniagaan. Nak mengharapkan ada orang sudi bagi aku kerja? Aku dah tongsampahkan harapan tu dan maju ke depan. Zaman sekarang bukan zaman kau belajar A, kau akan kerja tentang A.

6+1=7

السلام عليكم ورحمة الله

Semenjak dah hampir 2 bulan jadi ahli dan pengedar Shaklee, sedikit sebanyak membuka minda tentang nutrisi yang diperlukan setiap hari. Walaupun diri ini memang suka makan sayuran dan buahan tapi hakikat sebenarnya tak semua khasiat yang terkandung dalam sayuran dan buahan itu dapat dinikmati tubuh kita yang mungkin diizinkan untuk guna hingga hari tua. Ini salah satu sebab membawa kepada kewujudan makanan tambahan. Dalam banyak-banyak makanan tambahan, Shaklee menjadi pilihan kerana telah lama bertapak di muka bumi ini bersama produk makanan tambahan yang tidak dapat disangkal lagi. 

Untuk bulan Oktober ini, Shaklee membuat promosi untuk salah satu killer product iaitu ESP (Energizing Soy Protein).



Pengguna boleh sahaja mahukan ESP sahaja sebagai makanan tambahan. Untuk pengetahuan, ESP biasanya akan dilengkapi dalam beberapa set Shaklee seperti set kurus, set gemuk, set kesuburan, set menyusu dan set berpantang.

Biasanya, saya hanya campurkan air sejuk atau air suam dan 1 sudu makan ESP setiap pagi sebagai alas perut. Bagi yang kreatif, ESP boleh juga dicampur dengan jus dan minuman lain kecuali minuman yang mengandungi kafein. Oleh kerana kandungan protein yang terdapat dalam ESP, amatlah dilarang ESP dicampur dengan air panas kerana protein akan rosak. Sekadar perkongsian, suhu tubuh badan manusia adalah 37 darjah Celcius. Jika kita demam panas dan suhu melebihi 40 darjah Celcius, ini akan membawa kepada kerosakan protein di dalam tubuh badan kita. Oleh itu, bukan sekadar ESP sahaja, susu yang anda minum setiap hari hendaklah dibancuh dengan air suam atau air sejuk sahaja untuk memastikan protein dari susu itu terjaga.

Jika berminat ingin memiliki ESP Shaklee, boleh isi borang di bawah blog ini atau hantar sahaja mesej anda ke nombor 014-5045465. Cepat! Cepat! Promosi berakhir jam 11.59 malam 31/10/2014

^_^


Monday, 6 October 2014

Pelan-pelan kayuh-Part 1.

السلام عليكم ورحمة الله

Hello. Bila jadi penganggur tak berapa rasmi, aku pelan-pelan start involve dengan bisnes. Jual shawl dan jadi pengedar Shaklee (Shaklee dan Israel??). Alhamdulillah, peringkat awal ni memang masa untuk mantapkan ilmu dan teknik promosi barang-barang yang aku jual. Ini normal. Aku pernah borak dengan ayah aku. Ayah share keadaan bengkel-bengkel kayu pada lewar 80-an dulu. Memang banyak (sekarang, belah pantai timur yang banyak bengkel buat pintu dan tingkap kayu, ni ayah cakap). Tapi tak semua bertahan. So, ayah dah handle bengkel kayu dah hampir 25 tahun. Cerita ayah ni bagi aku motivasi untuk terus stay dengan apa yang aku buat. Tabur dulu umpan banyak-banyak. Nanti ada ikan sambar ^_^.

Shaklee



Aku dah consume Shaklee dah hampir 5 bulan. Tujuan asal aku adalah nak kurus sebab BMI aku over 25! Ni dah kira overweight tahu! Kalau aku tak jaga makan,  mungkin aku dah obes sekarang. Consume Shaklee tidaklah bermaksud tak perlu kepada makanan berat. Nasi, buah-buahan, sayur tetap kena makan. Air tetap kena minum. Shaklee hanya sekadar menyediakan nutrisi tambahan sebab nutrisi yang tersedia dalam makanan, contohnya sayur, akan habis bila dimasak (salah satu faktor). Aku nak ingatkan, Shaklee bukan ubat. Pengambilan Shaklee bukanlah bertujuan untuk mendiagnos dan merawat penyakit. Setakat testimoni yang banyak aku dah baca, Shaklee membantu menambahkan nutrisi yang diperlukan kepada badan dan memberi kesan positif kepada penyakit yang dihadapi oleh pengguna Shaklee. Sekali lagi aku ulang, Shaklee bukan ubat. :)

"Kenapa la minah ni beriya sangat promot Shaklee?! Produk US tu, sokong Zionist." Mungkin ada terdetik pada hati pembaca. Satu, aku beriya promot Shaklee sebab aku nak semua orang dapat manfaat dari produk Shaklee. Tapi kalau korang ada alternatif lain untuk tanam sayur dan buah sendiri, silakan. Satu tindakan yang bagus. Boleh cover kos hidup yang makin hari makin naik ni. Dua, ya. Shaklee memang produk keluaran US. Tak semua produk keluaran US kita boikot sebab tak semua produk US menyediakan dana kepada Zionist. Boleh lawat www.inminds.com untuk senarai barangan yang kita perlu boikot. Sebut pasal boikot, ini bergantung pada individu untuk berbuat demikian atau tidak. Setakat hari ni, aku baru jumpa 1 blog SAHAJA berkaitan pemboikotan Shaklee. Ya. Hanya 1. Aku juga masih mencari mungkin ada lagi blog yang sama. Boleh syorkan kepada aku kalau kalian jumpa ;). Tambahan pula, En. Roger Barnett dah keluarkan statement masa isu ni tengah panas. Cadangan aku, sekali sekala, contohi la saudara Benz Ali. Dia rajin baca baku. So, kita kena rajin membaca, buat ulangkaji dan uji kaji bila datang isu-isu panas mutakhir ini.



Antara manfaat yang aku dapat sepanjang 5 bulan aku guna Shaklee adalah:-
1) Berat badan tak lebih dari 62kg (tinggi aku 151cm.)
2) Kebas belakang aku makin kurang (kesan jatuh terduduk.)
3) Pemakanan aku terjaga (aku akan buat sup sayur kalau teringin nak makan nasi buat kali ke-2,3..)

Produk Shaklee yang aku consume ^^

Pada tika entry ni ditulis, berat aku hari ni (7/10/2014) adalah 59kg. Aku harap, penimbang tu jujur dengan aku. Jika ada yang kurang bersetuju dengan aku tentang isu Shaklee dan Israel, kita boleh bincang elok-elok :).

Kehidupan Selepas Tamat Praktikal

السلام عليكم ورحمة الله


Hello. Entah la blog ni yang ke berapa aku buat. Ye la. Asyik lupa. Time jadi budak sekolah, hari-hari update blog sama ada touch up blog, betulkan post atau ada entry baru. Dulu aku budak aktif. Pengawas, taekwondo dan badminton. Dulu hidup memang enjoy. Sekarang pun enjoy juga cuma cara dah berlainan :)

(Mendiang Grand Master Park Jung Tae. Sesiapa join taekwondo, mesti tahu ni siapa ^_^. credit)

Aku merasakan kehidupan sebenar selepas tamat latihan praktikal. "Welcome to the reality, Saffiah". Ni tagging sesuai untuk aku lepas sign contract kat tempat kerja dulu (sempat la sebulan kerja). Lepas sempat merasa gaji sebulan, aku pilih berhenti. Ye la. Nak rasa adventure katanya (memang betul-betul adventure. Heh!) Aku memang merasa campak resume dan interview sana sini. Memang banyak duit labur dan aku harap tak lebur.

(Public Bank kat KLCC tuu. Applied for Management trainee but not selected. It's ok . credit)


Banyak ilmu aku dapat walaupun pasal resume semata-mata. Boleh google blog-blog yang buat entry "Tips buat resume" atau "Cara minta kerja". Macam-macam tajuk ada. Dalam BM pun ada, dalam BI pun ada. Kesimpulan aku boleh buat, memang kena belajar adab. Macam mana? Next time la aku cerita.

BTW, sekarang aku masih lagi dalam proses tabur umpan (baca: resume) ada yang tersangkut tapi main tarik tali. Ada yang dah tenggelam dan mustahil timbul. Ada yang tersangkut tapi aku tak nak pegi. Hehe. Ni salah satu masalah juga sebenarnya :p. Sebab aku perlu hati-hati. Dalam keadaan terdesak gila nak kerja ni, ada golongan yang kosong organ dalaman (baca: tiada hati perut) buat company scammer. Macam-macam. Tapi yang aku tahu, company tu tipu gaji tiap-tiap bulan tapi sebenarnya based on komisyen. Kena jual kopun, ni setakat yang aku tahu. Ada juga company forex. Ajak budak baru masuk untuk join peleburan mereka. Ajak kaum kerabat. Ada yang tersedar yang mereka kena tipu tenaga dan masa. Ada yang tidak. Ada yang tersedar selepas 1 million dah habis kena rembat. So, hati-hati dan kena la sentiasa beringat. Minta pertolongan Maha Pelindung :)

Buat masa sekarang, aku kerja kat rumah je. Tolong ummi jual rambutan (buah belum habis) dan santan. Aku pun dah mula kayuh pelan-pelan buat bisnes sendiri walaupun barang bukan aku punya. Aku jual shawl dan SHAKLEE (aherrherrherr). Buat masa ni juga, aku cuba nak lawan rasa malu dalam nak promosi barang-barang yang aku jual ni. Tapi yang pasti, keyakinan pada shawl dan SHAKLEE (yeargghh >_<)


So, blog ni aku akan merangkumi 3,4 perkara. Shawl, SHAKLEE, santan dan buah-buahan serta perkara-perkara lain yang aku nak merepek. Terima kasih kerana sudi baca entry yang tak seberapa. Aku masih perlu baca banyak buku untuk tambah pengetahuan dan cantikkan lenggok bahasa aku. Doakan aku