Thursday, 25 December 2014

Kebencian,kebecian dan dendam akan hanya akan memamah cinta sehingga rata

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah sekian lama, berminggu blog ni dibiar bebas tanpa pantauan.Aku kembali untuk mencoret.

Penghujung lama kian hampir dan dan kepala baru kian muncul.Ada beberapa buku belum khatam dan merupakan azam aku untuk habiskan sebelum jadi book-hunters.Kah!

Baru sahaja usai membaca novel 'Bagaimana Anyss Naik Ke Langit', karya Faizal Teharani.Buku ni hanya 112 muka surat tapi aku ambil masa yang lama untuk habis kerana aku masih berjinak-jinak untuk habiskan satu buku seminggu.

Ringkasan.

Permulaan kisah bagaimana sekujur tubuh mengimbau kembali bagaimana dia boleh mati di situ, Profesor Anyss, dia hanya pakar dalam bidang bahasa (if I'm not mistaken) dan pertemuan dengan Ratu Sago, mangsa rogol pembalak membawa kepada nyawa Prof. Anyss terancam. Namun demi warga Penan dan komuniti orang Asli yang ditindas dan dinafikan hak tanah adat mereka, usaha Prof. Anyss untuk membawa bukti ke Geneva menjadi ancaman orang-orang kaya balak. Buku ini nipis tapi sarat dengan fakta, berita dan akta berkaitan tanah adat orang Asli, sedikit sebanyak membuka mata bahawa Malaysia belum aman. Diakhir cerita, Prof. Anyss naik ke langit bersama Ratu Sago serta penampakan Mustaqim, anak Prof. Anyss, yang akan menyambung usaha Prof. Anyss.

Sedikit perkongsian.

Kes rampasan tanah oleh pihak yang kononnya berkuasa tidak berlaku di kalangan warga orang Asli sahaja, bahkan penduduk di Kampung Banggol Donas juga mengalami nasib sama apabila kerajaan negeri mengambil tanah untuk tujuan melebarkan jalan tanpa persetujuan penduduk. Syarat pertukaran tanah adalah kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat. Namun ini hanya dalam kertas. Buta huruf atau malas membaca agaknya.

Termenung.

Dalam usaha kita membantu rakyat Palestin, Syria dan lain-lain lagi, jangan dilupa atau terlupa kita masih ada saudara kita yang hidup di bumi Malaysia yang sama ditindas. Orang Asli bukanlah warga yang menolak pembangunan tetapi merupakan warga yang amat menjaga identiti. Pembangunan bagi mereka bukanlah bermaksud tanah dirampas dan dibina bangunan.Mereka mahukan pembangunan dari sudut pendidikan dan kesihatan komuniti mereka. Walaupun tinggal di hutan, mereka juga punya akal, sama seperti kita yang tinggal di luar hutan. Mereka mahukan hak mereka diiktiraf.

Masing-masing punya perjuangan.

No comments:

Post a Comment