Monday, 3 November 2014

Kisah #1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Selamat tengah hari ^^

Hari ni 4 November 2014. Happy bornday to my dearest sister, Along. 3 November pulak kakak selamat melahirkan anak yang ke-2 and she get baby boy :3. Sekarang Ayuni (anak along yang sulung dah selamat jadi kakak). Saya doakan keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua beranak tersebut. Ketika entry ini ditulis, mereka still kat hospital. 2 hari sebelum kakak bersalin, saya dah syorkan ESP jika susu badan tidak mencukupi. Promosi sepanjang masa itu mesti :)

Bertepatan dengan nama blog ini, Hidup Untuk Berkongsi, jadi hari ni memang plan nak kongsi pengalaman saya dan pelanggan bersama beberapa produk Shaklee yang saya sedang amalkan sekarang. 

Kisah #1- Guru

Beliau merupakan seorang guru. Beliau telah lama mengetahui tentang Shaklee dan tahu bahawa produk Shaklee adalah yang terbaik. 2 minggu lepas, saya maklumkan pada beliau bahawa saya telah mendaftar ahli Shaklee. Seperti biasa, promosi habis-habisan.


Beliau mempunyai masalah pembuangan air besar dan kepala terasa berat setiap pagi. Beliau seorang yang sangat menjaga pemakanan seperti pemilihan ayam, beliau akan pilih untuk makan ayam kampung. Jika tiada ayam kampung, beliau akan pilih ikan dan sayur-sayuran.

Saya cadangkan kepada beliau untuk mencuba Garlic Complex dan Herb-Lax. Garlic Complex membantu dalam mempertingkatkan sistem penghadaman manakala Herb-Lax membantu dala merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara kembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.

Beliau telah mengambil sebiji Garlic Complex dan keesokan paginya, beliau dapat membuang air besar tanpa masalah. Selain itu, beliau telah mengambil sebiji Herb-Lax pada pagi yang sama. Kepala yang terasa berat setiap pagi menjadi ringan. Alhamdulillah :D



Nantikan kisah #2. Nak kongsi sikit-sikit. Hihi. Jika terdetik di hati untuk menjalani hidup sihat, sila jaga makan,minum serta amalan yang dilakukan sepanjang hidup. Makanan tambahan merupakan 'top up' kepada nutrisi makanan yang kita tertinggal sepanjang hari. Contohnya seperti vitamin C. Walaupun kita telah memastikan diri kita makan sayuran dan buahan yang banyak, vitamin C yang kita dapat belum tentu mencukupi. Oleh itu, makanan tambahan membantu dalam mencukupkan apa yang kurang selama ini.


No comments:

Post a Comment