Monday, 6 October 2014

Pelan-pelan kayuh-Part 1.

السلام عليكم ورحمة الله

Hello. Bila jadi penganggur tak berapa rasmi, aku pelan-pelan start involve dengan bisnes. Jual shawl dan jadi pengedar Shaklee (Shaklee dan Israel??). Alhamdulillah, peringkat awal ni memang masa untuk mantapkan ilmu dan teknik promosi barang-barang yang aku jual. Ini normal. Aku pernah borak dengan ayah aku. Ayah share keadaan bengkel-bengkel kayu pada lewar 80-an dulu. Memang banyak (sekarang, belah pantai timur yang banyak bengkel buat pintu dan tingkap kayu, ni ayah cakap). Tapi tak semua bertahan. So, ayah dah handle bengkel kayu dah hampir 25 tahun. Cerita ayah ni bagi aku motivasi untuk terus stay dengan apa yang aku buat. Tabur dulu umpan banyak-banyak. Nanti ada ikan sambar ^_^.

Shaklee



Aku dah consume Shaklee dah hampir 5 bulan. Tujuan asal aku adalah nak kurus sebab BMI aku over 25! Ni dah kira overweight tahu! Kalau aku tak jaga makan,  mungkin aku dah obes sekarang. Consume Shaklee tidaklah bermaksud tak perlu kepada makanan berat. Nasi, buah-buahan, sayur tetap kena makan. Air tetap kena minum. Shaklee hanya sekadar menyediakan nutrisi tambahan sebab nutrisi yang tersedia dalam makanan, contohnya sayur, akan habis bila dimasak (salah satu faktor). Aku nak ingatkan, Shaklee bukan ubat. Pengambilan Shaklee bukanlah bertujuan untuk mendiagnos dan merawat penyakit. Setakat testimoni yang banyak aku dah baca, Shaklee membantu menambahkan nutrisi yang diperlukan kepada badan dan memberi kesan positif kepada penyakit yang dihadapi oleh pengguna Shaklee. Sekali lagi aku ulang, Shaklee bukan ubat. :)

"Kenapa la minah ni beriya sangat promot Shaklee?! Produk US tu, sokong Zionist." Mungkin ada terdetik pada hati pembaca. Satu, aku beriya promot Shaklee sebab aku nak semua orang dapat manfaat dari produk Shaklee. Tapi kalau korang ada alternatif lain untuk tanam sayur dan buah sendiri, silakan. Satu tindakan yang bagus. Boleh cover kos hidup yang makin hari makin naik ni. Dua, ya. Shaklee memang produk keluaran US. Tak semua produk keluaran US kita boikot sebab tak semua produk US menyediakan dana kepada Zionist. Boleh lawat www.inminds.com untuk senarai barangan yang kita perlu boikot. Sebut pasal boikot, ini bergantung pada individu untuk berbuat demikian atau tidak. Setakat hari ni, aku baru jumpa 1 blog SAHAJA berkaitan pemboikotan Shaklee. Ya. Hanya 1. Aku juga masih mencari mungkin ada lagi blog yang sama. Boleh syorkan kepada aku kalau kalian jumpa ;). Tambahan pula, En. Roger Barnett dah keluarkan statement masa isu ni tengah panas. Cadangan aku, sekali sekala, contohi la saudara Benz Ali. Dia rajin baca baku. So, kita kena rajin membaca, buat ulangkaji dan uji kaji bila datang isu-isu panas mutakhir ini.



Antara manfaat yang aku dapat sepanjang 5 bulan aku guna Shaklee adalah:-
1) Berat badan tak lebih dari 62kg (tinggi aku 151cm.)
2) Kebas belakang aku makin kurang (kesan jatuh terduduk.)
3) Pemakanan aku terjaga (aku akan buat sup sayur kalau teringin nak makan nasi buat kali ke-2,3..)

Produk Shaklee yang aku consume ^^

Pada tika entry ni ditulis, berat aku hari ni (7/10/2014) adalah 59kg. Aku harap, penimbang tu jujur dengan aku. Jika ada yang kurang bersetuju dengan aku tentang isu Shaklee dan Israel, kita boleh bincang elok-elok :).

No comments:

Post a Comment