Monday, 6 October 2014

Kehidupan Selepas Tamat Praktikal

السلام عليكم ورحمة الله


Hello. Entah la blog ni yang ke berapa aku buat. Ye la. Asyik lupa. Time jadi budak sekolah, hari-hari update blog sama ada touch up blog, betulkan post atau ada entry baru. Dulu aku budak aktif. Pengawas, taekwondo dan badminton. Dulu hidup memang enjoy. Sekarang pun enjoy juga cuma cara dah berlainan :)

(Mendiang Grand Master Park Jung Tae. Sesiapa join taekwondo, mesti tahu ni siapa ^_^. credit)

Aku merasakan kehidupan sebenar selepas tamat latihan praktikal. "Welcome to the reality, Saffiah". Ni tagging sesuai untuk aku lepas sign contract kat tempat kerja dulu (sempat la sebulan kerja). Lepas sempat merasa gaji sebulan, aku pilih berhenti. Ye la. Nak rasa adventure katanya (memang betul-betul adventure. Heh!) Aku memang merasa campak resume dan interview sana sini. Memang banyak duit labur dan aku harap tak lebur.

(Public Bank kat KLCC tuu. Applied for Management trainee but not selected. It's ok . credit)


Banyak ilmu aku dapat walaupun pasal resume semata-mata. Boleh google blog-blog yang buat entry "Tips buat resume" atau "Cara minta kerja". Macam-macam tajuk ada. Dalam BM pun ada, dalam BI pun ada. Kesimpulan aku boleh buat, memang kena belajar adab. Macam mana? Next time la aku cerita.

BTW, sekarang aku masih lagi dalam proses tabur umpan (baca: resume) ada yang tersangkut tapi main tarik tali. Ada yang dah tenggelam dan mustahil timbul. Ada yang tersangkut tapi aku tak nak pegi. Hehe. Ni salah satu masalah juga sebenarnya :p. Sebab aku perlu hati-hati. Dalam keadaan terdesak gila nak kerja ni, ada golongan yang kosong organ dalaman (baca: tiada hati perut) buat company scammer. Macam-macam. Tapi yang aku tahu, company tu tipu gaji tiap-tiap bulan tapi sebenarnya based on komisyen. Kena jual kopun, ni setakat yang aku tahu. Ada juga company forex. Ajak budak baru masuk untuk join peleburan mereka. Ajak kaum kerabat. Ada yang tersedar yang mereka kena tipu tenaga dan masa. Ada yang tidak. Ada yang tersedar selepas 1 million dah habis kena rembat. So, hati-hati dan kena la sentiasa beringat. Minta pertolongan Maha Pelindung :)

Buat masa sekarang, aku kerja kat rumah je. Tolong ummi jual rambutan (buah belum habis) dan santan. Aku pun dah mula kayuh pelan-pelan buat bisnes sendiri walaupun barang bukan aku punya. Aku jual shawl dan SHAKLEE (aherrherrherr). Buat masa ni juga, aku cuba nak lawan rasa malu dalam nak promosi barang-barang yang aku jual ni. Tapi yang pasti, keyakinan pada shawl dan SHAKLEE (yeargghh >_<)


So, blog ni aku akan merangkumi 3,4 perkara. Shawl, SHAKLEE, santan dan buah-buahan serta perkara-perkara lain yang aku nak merepek. Terima kasih kerana sudi baca entry yang tak seberapa. Aku masih perlu baca banyak buku untuk tambah pengetahuan dan cantikkan lenggok bahasa aku. Doakan aku

No comments:

Post a Comment